Hot FM

Kes demam denggi naik 3.5% minggu lepas



Jumlah kumulatif kes demam denggi meningkat 148.4% berbanding tempoh sama pada tahun lepas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat 3.5% minggu lepas, mencatatkan 2,018 kes berbanding 1,950 pada minggu sebelumnya.

Selain itu, satu kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-51, iaitu dari 18 Dis hingga 24 Dis, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Jumlah kumulatif kes demam denggi meningkat 148.4% berbanding tempoh sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan kepada 64,078 kes daripada 25,794 kes.

Sebanyak 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021, kata Noor Hisham.

Sementara itu, sebanyak 58 lokaliti “hotspot” dilaporkan pada ME51, berbanding 55 pada minggu sebelumnya.

“(Sebanyak) 32 ‘hotspot’ berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (6), serta empat lokaliti di Pulau Pinang,” katanya.

Pada masa sama,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version