Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kes Dengan Bekas Pekerja: Puteri Sarah Peroleh Perintah Injunksi Interim

today15 August 2024

Background
puteri sarah hot fm

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana berjaya mendapat perintah injunksi interim terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira Zainol Abidin.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam satu prosiding yang berlangsung secara dalam talian, semalam.

Menurut peguam, Azmi Mohd Rais yang mewakili selebriti itu memaklumkan Nazira dikatakan memuat naik beberapa kenyataan di media sosial baru-baru ini sehingga menganggu pihak plaintif dan menjejaskan prosiding kes.

“Mahkamah meluluskan antaranya satu Perintah Injuksi Secara Ex-Parte untuk menghalang defendan, ahli keluarga defendan daripada menganggu, mengancam, mengugut, dan atau mengeluarkan sebarang kata-kata yang berunsur fitnah, gangguan, ugutan, ancaman dan atau hasutan terhadap plaintif, ahli keluarga plaintif, rakan-rakan plaintif dan atau agen-agen plaintif, sama ada secara lisan, tulisan, mesej elektronik (termasuk tetapi tidak terhadap kepada SMS, WhatsApp, emel, media sosial termasuklah Facebook, Instagram, Twitter dan atau sebarang mod elektronik) dan/atau apa cara sekalipun,” katanya.

Puteri Sarah

Malah, perintah injuksi itu juga bertujuan untuk menghalang defendan dan pihak berkaitan mengambil langkah bahaya seperti mencederakan, melukakan atau menganggu plaintif secara fizikal, maya atau dalam talian.

“Suatu perintah injuksi interim menghalang defendan, agen-agen defendan dan/atau wakil-wakil defendan daripada membuat apa-apa komen atau kenyataan khususnya berkaitan kes-kes yang sedang berlangsung dan masih dalam prosiding di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman pecah amanah dan saman malu terhadap Nazatul Nazira, bagaimanapun proses mediasi pada 1 Ogos lalu gagal apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

Susulan itu, mahkamah menetapkan sesi kedua proses mediasi pada 25 September depan.

Artikel Berkaitan: Saling Berbalas Kenyataan, Puteri Sarah & ‘Bekas Pekerja’ Perang Di Media Sosial – “Dekat IG Story Meroyan, Kelakar Awak Ni”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Melampau Bekas Pekerja, Mahu Selesai Cara Baik – “Hidup Ini Pendek, Tak Perlu Nak Tertekan”

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post