
KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun sebanyak 55 kes kepada 2,487 kes pada Minggu Epidemiologi ke-32 (ME32) iaitu bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos berbanding 2,542 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME32.
Katanya, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 73,680 kes berbanding 33,911 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 39,769 atau 117.3%.
“Sejumlah 53 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 31 kematian atau 140.9%,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Radzi berkata 73 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME32,…