
KUALA LUMPUR: Kes dera kanak-kanak, penurunan penyertaan murid sekolah menengah dalam aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta masalah miskin tegar menjadi antara isu tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) bertanya kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mengenai langkah yang diambil kementerian itu dalam mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di negara ini.
Puah yang mengemukakan soalan itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri juga ingin tahu bantuan yang akan diberikan kepada mangsa.
Dalam sesi sama, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) meminta menteri pendidikan menyatakan langkah menangani isu peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM dari 2017 hingga 2022 yang mencatatkan penurunan daripada 45.2% kepada…
