Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes Faisal disimbah asid: Kertas siasatan sudah dirujuk ke AGC

today23 November 2024

Background


Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, siasatan kes Faisal Halim disimbah asid pada Mei lepas tidak pernah dihentikan.

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes pemain bola sepak Selangor FC Faisal Halim disimbah asid pada 5 Mei lepas sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC).

Berita Harian melaporkan perkara ini disahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan ringkas hari ini, namun tarikh kertas siasatan itu dirujuk tidak dinyatakan.

“Kes ini masih dalam siasatan polis dan kertas siasatan telah dirujuk ke kamar Peguam Negara untuk kajian dan arahan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan kes tersebut tidak pernah dihentikan dan polis terus berusaha mencari maklumat baharu untuk membantu siasatan.

Katanya, sejak siasatan dibuka Mei lepas, seramai 23 individu diambil keterangan manakala tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Daripada tangkapan dilakukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post