Hot FM

Kes harian Covid-19 menurun, Sarawak boleh beralih ke Fasa 4 PPN



Kes harian Covid-19 di Sarawak menunjukkan trend penurunan dari tiga digit kepada dua digit bermula dengan 91 kes dilaporkan pada 4 Dis lepas kepada 23 kes yang direkodkan semalam.

BAU: Kes harian Covid-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Beliau berkata penurunan jumlah kes baharu kepada dua digit itu berlaku sejak beberapa minggu lepas sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa jumlah kes Covid-19 akan meningkat berikutan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, yang lepas.

“Saya berterima kasih kepada rakyat telah mendapat vaksinasi dan juga dos penggalak yang dapat mengawal (penularan) Covid-19 ini. Apabila angka menurun, mudah-mudahan kita dapat masuk fasa empat, maka ekonomi kita akan dibuka (sepenuhnya),” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-65 Majlis Daerah Bau di sini hari ini.

Kes harian Covid-19 di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version