
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat pelaburan i-Serve, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan tambang murah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata, kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 58 dan 57 tahun.
Katanya, suspek pertama, seorang lelaki, ditahan di pejabat Jabatan Imigresen di KLIA2 pada kira-kira 3 pagi, manakala suspek kedua, seorang wanita, ditahan di sebuah kondominium di Sentul pada 4.15 pagi tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek pertama berkenalan dan berkawan dengan seorang lelaki bergelar Datuk lebih 25 tahun lepas, dan mengakui dia bersama Datuk berkenaan menubuhkan syarikat I-Serve Payment Gateway Sdn Bhd pada 2019.
“Suspek juga…