Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes kamera tersembunyi di inap desa, polis kesan lelaki tempatan

today11 February 2024

Background


Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata, polis telah merakam keterangan 4 individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa bagi membantu siasatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata, lelaki tempatan itu sedang dikesan setelah polis mendapati telefon bimbit lelaki berkenaan terhubung dengan kamera itu.

Katanya, setakat ini, polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air tersebut.

“Pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post