
PETALING JAYA: Dua pengarah syarikat dan seorang pegawai agensi sebuah kementerian direman selepas dipercayai terbabit rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan lesen kenderaan perdagangan (LKP) tanpa memenuhi syarat ditetapkan.
Suspek terbabit direman empat hari hingga 12 Jan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Sumber berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an disyaki terbabit kegiatan mendapatkan surat tawaran kelulusan LKP daripada sebuah agensi tanpa memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pengangkutan.
“Syarikat ini dipercayai bersekongkol dengan pegawai daripada agensi berkenaan dengan menyediakan maklumat palsu bagi mendapatkan surat tawaran kelulusan permohonan baharu LKP kelas lesen pembawa dengan bayaran RM3,500 setiap permohonan.
“Pihak syarikat akan membantu mana-mana…