Site icon Hot FM

Kes mayat dalam tangki najis, polis buru 8 suspek


Polis berkata semua suspek merupakan warga Indonesia yang tinggal serumah dengan mangsa.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis telah mengenal pasti semua suspek dan sedang mengesan mereka untuk melengkapkan kertas siasatan. (Gambar Bernama)

SERI ISKANDAR: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata semua suspek merupakan warga Indonesia yang tinggal serumah dengan mangsa.

“Kita telah kenal pasti (suspek) dan kita sekarang sedang mengesan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dan tindakan selanjutnya.

“Jadi berilah masa kepada pihak berkuasa dan kami menjalankan siasatan dan mengesan suspek-suspek ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Perak Tahun 2023…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version