
PETALING JAYA: Polis sudah merakam percakapan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang didakwa memijak juniornya hingga mengalami retak tulang.
Suspek utama kes terbabit hadir ke IPD Cheras petang tadi susulan laporan dibuat bapa mangsa yang juga pelatih tahun 1, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pelajar terbabit dipanggil bagi melengkapkan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Polis sudah merekodkan keterangannya, namun tiada tangkapan dijalankan.
“Pada masa ini tumpuan polis adalah menyiasat kes ini secara lebih terperinci selepas laporan dibuat pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Beliau berkata, polis turut merakam keterangan lima lagi saksi, menjadikan setakat ini seramai 15 orang sudah dirakam…