Hot FM

Kes pencatutan terkawal selepas penyasaran subsidi diesel, kata menteri


Penguat kuasa KPDN giat menjalankan pemantauan untuk mengesan kes pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi bersasar. (Gambar KPDN)

PETALING JAYA: Jumlah kes pencatutan kecil dan terkawal selepas penyasaran subsidi diesel berkuat kuasa 10 Jun lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata penyasaran subsidi diesel sejak dua bulan lalu membuktikan tahap pematuhan sebahagian besar peniaga adalah baik.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

Armizan Mohd Ali.

“Pada masa sama, KPDN akan terus memperkasa pemantauan di semua peringkat melalui Ops Kesan 2.0 dan maklum balas awam amat dialu-alukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya KPDN menerima 83 aduan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel, dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version