Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes pengubahan wang haram Shafee bersambung Februari

today17 December 2021

Background



Peguam Muhammad Shafee Abdullah menjalani pengawasan kendiri sehingga 20 Dis selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta dihadapi peguam Muhammad Shafee Abdullah yang masih lagi di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi akan bersambung Februari ini.

Ini susulan pengurusan kes yang dijalankan hari ini di hadapan hakim perbicaraan Muhammad Jamil Hussin.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata perbicaraan kini dijadualkan pada 10, 15 dan 22 Feb dan 1, 28, 29 Mac.

Peguam mewakili Shafee, Sarah Abishegam turut hadir di kompleks mahkamah.

Peguam Hariharan Tara Singh, yang mewakili Shafee dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB Najib Razak, telah memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah pada Selasa status MySejahtera Shafee menunjukkan warna jingga.

Hariharan berkata Shafee menjalani pengawasan kendiri sehingga 20 Dis.

Shafee menjadi kontak rapat kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post