Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes pornografi budak melambung hampir 140%, kata DOSM

today16 October 2024

Background


Selain kesalahan seksual kanak-kanak, jenayah kekerasan, komersial, dan dalam talian meningkat antara 3.2% hingga 35.5% tahun lalu.

PETALING JAYA: Kesalahan pornografi kanak-kanak melambung hampir 140%, selain kes jenayah seksual melibatkan golongan itu meningkat 1,567 kes tahun lalu, berbanding 1,239 kes pada 2022.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin, berkata kes jenayah seksual kanak-kanak meningkat 26.5%.

“Kesalahan pornografi kanak-kanak merekodkan peningkatan tertinggi iaitu 139.3%, diikuti oleh kesalahan pengantunan kanak-kanak (100%), dan amang seksual secara bukan fizikal (97%),” katanya dalam kenyataan memetik Bernama.

Beliau berkata demikian dalam Statistik Jenayah Malaysia 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jenayah kekerasan

Katanya, bagi jenayah indeks merangkumi jenayah kekerasan dan harta benda pula ia meningkat 3.2% kepada 52,444 kes, berbanding 50,813 kes pada 2022 dengan nisbah jenayah bagi setiap 100,000 penduduk meningkat kepada 149,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post