
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal enam saksi dalam siasatannya berhubung dakwaan seorang wartawan menerima rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil dua lagi saksi dalam masa terdekat.
“Pihak kami akan melengkapkan siasatan yang telah dijalankan … bawah Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009,” katanya.
“Setakat ini 6 orang saksi telah dipanggil untuk rakaman percakapan, dan 2 orang saksi akan dipanggil dalam waktu terdekat.”
Sabtu lepas, Azam mengesahkan wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar ditahan kerana didakwa meminta dan menerima rasuah daripada ejen pekerja asing.
Beliau menafikan penahanan itu berkait penerbitan artikel portal tersebut baru-baru ini, yang mendedahkan kartel pemerdagangan warga asing.
Azam berkata, wartawan itu…