

Polis berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang remaja warga asing yang ditemukan cedera parah di dalam tandas di sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, Nosoob di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Penampang, Sammy Newton, berkata suspek yang juga warga asing berumur 29 tahun ditahan di kawasan semak tepi jalan di Pekan Kinarut Lama, Papar pada 5.50 petang tadi.
“Suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Sammy berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak saudaranya dan suspek datang ke rumah mangsa untuk berjumpa dengan kakak ipar mangsa bagi…