Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes rogol naik 9.6% pada 2022, menurut statistik

today2 November 2023

Background


Bagaimanapun kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan menunjukkan penurunan antara 0.5 hingga 10.4%. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9% pada 2022 iaitu 3,303 berbanding 3,209 kes tahun sebelumnya dengan rogol menunjukkan peningkatan.

Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin, berkata kes rogol mencatat peratusan tertinggi iaitu 9.6%.

“Bagaimanapun, kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 10.4%, 5.7%, dan 0.5%,” katanya dalam kenyataan Statistik Jenayah 2023.

Sementara itu, beliau berkata jenayah indeks dan jenayah komersial masing-masing menurun sebanyak 4.1% dan 3% kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada 2022.

Bagaimanapun, katanya jenayah siber meningkat 44.3% kepada 577 daripada 400 kes dalam tempoh sama.

Menurutnya, jenayah komersial pada 2022 yang dilaporkan polis menurun, kecuali kesalahan berkaitan wang palsu dan jenayah siber.

“Kesalahan tipu merekodkan bilangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters