
PETALING JAYA: Kes rogol tidak hanya berlaku di Kelantan, kata Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud mengulas kebimbangan polis negeri dengan peningkatan kes itu dan sumbang mahram.
Katanya, semua pihak termasuk ibu bapa dan kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab masing-masing mendidik anak-anak supaya tidak terjerumus dengan gejala berkenaan.
Namun, kerajaan negeri tidak bermaksud untuk berlepas tangan, sebaliknya sentiasa membincangkan isu sosial dan mencari pendekatan terbaik mendidik rakyat di negeri itu.
“Kita berusaha sebaik mungkin dalam konteks bidang kuasa kerajaan. Namun, jika ibu bapa tidak memainkan peranan mereka memantau anak masing-masing, usaha ini sukar untuk berjaya.
“Setiap individu wajib menjaga diri dan ahli keluarga mereka daripada api neraka,” katanya menurut Bernama selepas hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan, di…