Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kes Saman Fitnah Siti Nordiana VS 5 Sekawan, Tak Ada Siapa Menang Atau Kalah

today7 December 2023

Background

Selepas lebih dua tahun kes saman fitnah RM2.5 juta mahkamah antara penyanyi, Siti Nordiana dan lima sekawan akhirnya selesai dengan saling bermaafan secara terbuka di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Susulan itu, satu sidang media tergempar telah berlangsung di kediaman penyanyi Lan Solo atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof bersama isterinya, Nur Shiela Hassan dan rakan penyanyi, Syura Badron di Puchong.

Sidang media tersebut diadakan untuk menjernihkan nama-nama defenden iaitu anak guam dibawah Peguam Azlan Abdul Razak yang teruk dihentam netizen sehingga mendakwa mereka angkuh.

β€œTujuan sidang media ini diadakan bukan untuk mengkritik mana-mana pihak, tetapi untuk mengubah presepsi masyarakat berhubung kes yang berlangsung sejak 2021 yang mendakwa mereka terlalu sombong dan angkuh untuk memohon maaf,” ujarnya.

Dalam sidang media yang berlangsung tengah hari tadi, peguam Azlan turut tampil memberi ulasan tiga terma penghakiman yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

β€œPertama tanpa pengakuan terhadap liabiliti bermaksud tiada pengakuan siapa yang betul dan siapa yang salah kerana masing-masing telah berbaik.

β€œPihak-pihak telah bersetuju untuk saling bermaaf-maafan dihadapan Yang Arif Hakim secara terbuka sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi tindakan ini.

β€œKedua, plaintif (Siti Nordiana) tidak mempunyai kebebasan atau tidak boleh untuk memfailkan semula kes.

β€œDan terma ketiga, tiada perintah terhadap kos bermaksud mahkamah tkdak memerintahkan untuk mana-mana pihak membayar kepada sesiapa,” jelasnya.

@xtra_my

Replying to @Roshida Othman Kes dah selesai, kita move on! Moga ini yang terbaik untuk semua pihak #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sementara itu, Lan berkata pihaknya menerima dengan terbuka keputusan mahkamah yang telah dicapai kata sepakat bersama serta mahu memberi tumpuan untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

β€œDi awal kes ini dimulakan kami mengakui kekhilafan, keterlanjuran kami. Sebagai manusia biasa untuk melakukan permohonan maaf itu tiada masalah dan mungkin isu ini tidak akan berlanjutan sehingga 2023.

“Alhamdulillah semua sudah selesai dan memang ini yang kami cadangkan sejak peringkat awal semasa proses mediasi namun tidak mencapai kesepakatan ketika itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syura berkata pihak mereka sejak awal kes berlangsung dari tahun 2021 telah bersiap sedia untuk memohon maaf dan ketiga-tiga mereka mengakui kekhilafan serta keterlanjuran masing-masing.

β€œPihak Siti Nordiana telah meminta maaf dan juga telah memaafkan kami semua dan kami juga telah meminta maaf dan memaafkan.

β€œJadi tiada isu siapa yang memohon maaf atau siapa yang memaafkan dahulu. Kami dari awal kes berlangsung bersedia untuk memohon maaf.

“Cuma apabila ada pembayaran yang terlalu tinggi dituntut membuatkan kami terpaksa teruskan ke mahkamah,” katanya.

Kes saman fitnah RM2.5 juta dikemukakan penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, isterinya, Nur Sheila Hassim, dan Syura Badron.

Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

Untuk rekod, konflik lima sekawan ini mula tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadap Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live yang dikendalikan oleh Nur Sheila pada 20 Julai 2021 lalu.

Siti Nordiana mendakwa mereka dikatakan telah memfitnah dirinya bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Namun begitu, siaran langsung tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram masing-masing, namun heboh dan telah dimuat naik semula ke akaun YouTube.

Artikel Berkaitan:Β Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Artikel Berkaitan:Β β€œMereka Memang Tuju β€˜Live’ Itu Untuk Saya, Seolah Saya Berlagak & Artis Perasan Popular” – Siti Nordiana

Written by: Aqilah


Previous post