Site icon Hot FM

Kes Sanusi; pegang 8 portfolio mungkin beri kesan kelancaran pentadbiran Kedah, kata penganalisis


Azmi Hassan berkata Sanusi Nor kini terpaksa membahagikan masa antara kes mahkamah dan tugas pentadbiran

PETALING JAYA: Kes mahkamah dan saman yang dihadapi Sanusi Nor dijangka memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, susulan pemimpin PAS itu memegang lapan portfolio utama negeri, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Sanusi akan terpaksa membahagikan masa antara mahkamah dan melaksanakan tugas menteri besar.

“Dengan Sanusi pegang lapan portfolio, itu dikira ‘superman’ bagi seorang menteri besar walaupun untuk Sanusi,” katanya kepada FMT. “Seharusnya dibahagi portfolio itu kepada ahli exco lain. Apakah Sanusi tidak mempercayai kebolehan exco lain?”

Semalam, Sanusi mengetuai istiadat mengangkat sumpah exco negeri dengan bilangan portfolio terbanyak, iaitu lapan berbanding tujuh sebelum ini. Beliau mengekalkan portfolio perancang negeri; hal ehwal tanah, mineral, dan geosains; hasil bumi; kewangan; syarikat berkaitan kerajaan;…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version