KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol, di Bangsar semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, ditahan di rumahnya di Cheras oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira 2 pagi…
