Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

today24 December 2022

Background



Puad Zarkashi mahu pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik terhadap pemimpin Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020.

Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik.

Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post