
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berharap mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa, yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada kumpulan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata beliau sedikit khuatir kerana Stampa amat berpengaruh di Madrid.
“Ayahnya seorang yang terkenal malah terlibat dalam proses kemerdekaan negara Sepanyol, terlibat dalam gerakan revolusi ketika itu. Dia juga seorang peguam, maknanya ayah dia dan keluarga dia orang berpengaruh.
“Kami harap tiada tekanan secara negatif sebab dah terang yang dia melanggar banyak undang-undang di Sepanyol,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI.
Azalina berkata beliau bersama pihak Jabatan Peguam Negara dan beberapa pegawai…