
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhkan hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah dan berulang kali mengingkari perintah mahkamah membatalkan pelantikannya sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian Sulu.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata keputusan mahkamah dalam kes itu amat penting kerana ia memberikan kekuatan lebih kepada Malaysia untuk mematikan semua tuntutan kumpulan Sulu yang disifatkan amat merepek.
“Keputusan ini juga sebagai jaminan untuk kita mematikan sebarang tuntutan (sama) di mana-mana negara yang berkemungkinan timbul selepas ini.
“Keduanya, saya berharap kalau boleh dia dipenjara bukan sahaja didenda sebab perangai dia betul-betul kurang ajar dan biadab kepada Malaysia,” katanya pada sidang media…