Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes tembak di KLIA: Suspek masih dalam negara, kata KPN

today14 April 2024

Background


Pihak berkuasa pertingkat pemantauan di sempadan Perlis termasuk ‘laluan tikus’, selepas suspek kes tembak di KLIA dipercayai melarikan diri ke Utara Semenanjung.

PETALING JAYA: Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai masih berada di dalam negara, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

“Kita yakin dia masih di negara ini dan tidak pergi jauh,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau menambah, usaha mengesan suspek berkenaan sedang giat dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan pihak berkuasa mempertingkat pemantauan di sempadan Perlis termasuk ‘laluan tikus’, selepas suspek dipercayai melarikan diri ke Utara Semenanjung.

Awal pagi tadi, seorang pengawal peribadi cedera parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan suspek di Balai Ketibaan KLIA.

Siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, menurut polis.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post