
PETALING JAYA: Pengurus syarikat pelancongan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad, menurut Berita Harian.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, buatan Turki, yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.
Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh…