
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata beliau sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes memberi rasuah bagi mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu di negeri itu.
Saarani berkata beliau menjadi exco negeri bermula dari 2004, 2009 sehingga 2018 tetapi tidak tahu bila kes mengubah status tanah itu berlaku, lapor Sinar Harian.
“Tak ada masalah (untuk beri keterangan). Kita ikut, kalau SPRM panggil untuk memberi keterangan, kita beri keterangan.
“Jadi kalau ia berlaku dalam tempoh itu, kalau panggil saya saya bersedia untuk memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita di Seri Manjung, Perak.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau belum menerima sebarang permintaan daripada SPRM untuk memberikan keterangan.
Semalam,…