Polis menahan seorang warga tempatan berusia 37 tahun dan warga asing berusia 48 tahun kira-kira 3.30 petang Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seorang daripada dua lelaki yang ditahan dalam kes ugutan jenayah terhadap kumpulan muzik Indonesia, Radja akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor hari ini yang mengarahkan seorang daripada suspek itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Sekiranya disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak gusar dan membuat spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat kerana siasatan telus tanpa kompromi dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.
Terdahulu, pengurus Radja membuat laporan…