Site icon Hot FM

Kes wanita hilang, polis jumpa rangka dalam rumah terbiar


Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata salah seorang suspek yang ditahan berkait kehilangan wanita itu membawa polis ke rumah terbiar tersebut sebelum menemui rangka manusia.

BATU PAHAT: Penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Batu 7, Tongkang Pechah petang tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang wanita dikenali sebagai Mira Sharmila Samsusah atau Bella sejak 14 Dis lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata rangka tersebut ditemukan kira-kira 2 petang selepas pihaknya dibawa ke lokasi kejadian oleh seorang daripada suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita itu.

Beliau berkata pakaian turut dijumpai di lokasi kejadian dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan bagi pengesahan identiti mangsa.

“Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada rangka itu milik wanita tersebut.

“Rangka ini akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version