Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes Zara: ‘Kita Kena Ambil Tahu, Beri Bantuan’

today15 August 2025

Background
[VIDEO] ‘Justice For Zara’: Ustaz Azhar Idrus Tegaskan Umat Islam Perlu Ambil Peduli Isu Saudara Seagama


Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus memberi pandangan berhubung gerakan solidariti ‘Justice For Zara’ berikutan kematian seorang remaja perempuan, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Artikel Berkaitan: Video Arwah Zara Qairina Kongsi Kebaikan Tinggal Di Asrama Tular, Netizen Luah Rasa Hiba

Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: ‘Pengetua, Penolong Kanan HEM & Warden Dipindah Sementara’ – KPM

Bantu sesama Islam

Menurut Ustaz Azhar, sebagai umat Islam, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah selain mendoakan mereka.

Siapa sahaja umat Islam yang berada di dalam kesusahan, teraniaya, dizalimi atau ditimpa musibah, kita kena ambil tahu.

Sekurang-kurangnya kita doakan untuk mereka.

Kalau mereka perlukan pertolongan, kita berikan walaupun daripada jauh. Kalau mereka perlukan harta kita beri.

Perlu cakna

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar menegaskan bahawa setiap umat Islam perlu peka dengan isu semasa terutama yang melibatkan masyarakat.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alia


Previous post