
PETALING JAYA: Polis memperolehi beberapa ‘barang kes’ termasuk cap jari dan DNA semasa bedah siasat Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata barang kes berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk memperolehi maklumat forensik bagi membantu siasatan.
Beliau berharap keputusan akan diperolehi dalam dua atau tiga hari, bagi membantu polis mengesan individu-individu yang terbabit.
“Keputusan forensik boleh membantu pihak polis untuk mendapatkan ‘details’ yang boleh menjurus ke arah mereka yang terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
