Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kesal Suami Difitnah Curang, Eina Azman Selar Netizen Mulut Celupar Apabila Dikritik Sengaja Buat Content Murahan

today23 March 2023

Background

Pelakon, Datin Eina Azman meluahkan rasa kesal terhadap segelintir warganet yang memfitnah suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah berlaku curang.

Difahamkan dakwaan tersebut muncul selepas Eina memuat naik beberapa hantaran seakan sedang berduka dan menimbulkan spekulasi rumah tangganya berantakan.

Malah, Eina turut menggunakan tanda pagar #wanitaberdikari di setiap hantarannya itu. Namun begitu, ternyata Eina terasa dan merajuk dengan suaminya itu gara-gara tidak menyambut ulang tahunnya.

Terkini, berdasarkan perkongsian terbaru Eina di Instagram, ramai yang meluahkan rasa berang terhadap selebriti ini kerana disyaki hanya membuat gimik semata-mata untuk melancarkan produknya.

“Ni ke yang beria merajuk haritu? Macam kena tinggal?” tulisnya.

“Betul ramalan netizen,” kata netizen lain.

Tidak berdiam diri, Eina tampil membidas komen tersebut yang terkesan dengan fitnah dan tohmahan netizen terhadap suami tercintanya itu.

“Salam.. Betul apa? Oh yang fitnah netizen cakap suami saya curang? Saya tak pernah cakap suami curang.. You all yang fitnah suami saya. Tak ada apa yang kelakar di sini, Thank you,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Orang Tak Hargai…” – Kongsi Video Sedang Menangis, Eina Azman Patah Hati?

ARTIKEL BERKAITAN: Susulan Muat Naik Video Menangis, Eina Azman Akui Ada Perkara Ganggu Emosi – “Saya Down Sampai Tak Boleh Fokus”

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman Kena Prank? Suami Buat Kejutan Semasa Produk Pelancaran – “Dia Buat B*doh Dengan Saya…”

Written by: Aqilah