
KUALA LUMPUR: Persatuan peniaga di Jalan Masjid India berhasrat bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu keselamatan dan masa depan perniagaan mereka susulan insiden tanah jerlus baru-baru ini.
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata peniaga bukan hanya kehilangan pendapatan sehingga 70% sejak kejadian pada 23 Ogos lepas, tetapi juga bimbang keselamatan diri dan keluarga.
“Mereka bangkitkan perlu ada perbincangan khas dengan agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium, dan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan isu ini.
“Mereka bimbang dan berasa perlu ada satu libat urus supaya boleh mencari satu penyelesaian kekal bagi perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil persatuan peniaga yang mewakili lebih 150 peniaga di Jalan Masjid…
