
KUALA LUMPUR: Kesepakatan yang tercapai antara Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) menjadi antara yang disentuh Ahli Parlimen khususnya dari Sarawak pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Rata-rata mereka menyatakan penghargaan kepada kerajaan persekutuan dan menyifatkan langkah itu mampu memperkukuh sektor industri minyak dan gas (O&G) negara.
Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berkata, permuafakatan itu penting agar tatakelola, dasar dan pengembangan industri petroleum di Bumi Kenyalang itu bersandarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan mengambil kira kedudukan Petros dalam Ordinan Pengagihan Gas 2015.
“Selaras dengan semangat federalisme, kita harus percaya bahawa kemajuan ekonomi Sarawak bukan hanya kepentingan Sarawak semata-mata…