
PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Presiden PAS Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu, dilaporkan semakin baik.
Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman, berkata Ahli Parlimen Marang itu hanya menunggu masa untuk dibenarkan keluar wad selain dinasihatkan berehat selepas itu.
“Alhamdulillah, keadaan ayahanda tuan guru semakin baik dan akan dibenarkan keluar daripada IJN pada bila-bila masa.
“Tetapi ayahanda tuan guru dinasihatkan untuk terus berehat sebaik keluar IJN,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Hadi, 76, dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan jantung.
Selain itu, Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, keadaan Hadi akan terus dipantau walaupun dibenarkan keluar dari IJN.
Katanya, sepanjang tempoh rehatnya juga Hadi turut meluangkan masa menulis menerusi ‘Minda Presiden PAS’ di…