
PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung MCA Kam Woon Wah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan anak lelakinya Andrew Kam Tai Yeow bagi menentukan kesihatan mentalnya.
Jutawan berusia 92 tahun itu memfailkan permohonan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Y C Wong pada 27 Dis lepas.
Menurut laporan Bernama, Kam memohon membatalkan saman difailkan Tai Yeow, 59, atas alasan saman itu tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Kam mendakwa beliau pada masa material, dapat menguasai minda dengan sepenuhnya dan berkemampuan penuh untuk menguruskan hal ehwal diri dan syarikat-syarikat di bawah tanggungjawabnya seperti yang disahkan dalam laporan oleh pakar psikiatri perunding bertarikh 16 Dis 2021.
Sehubungan itu,…