
PUTRAJAYA: Masalah ketajaman penglihatan merupakan satu daripada masalah kesihatan utama dalam kalangan murid Tahun 1, khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly berkata sebanyak 215 murid Tahun 1 di Putrajaya mengalami masalah ketajaman penglihatan pada tahun lepas, dan 239 orang pada 2023.
Kementerian Kesihatan (KKM) memantau masalah tersebut melalui pemeriksaan pasukan kesihatan sekolah, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan kaca mata bagi program pemeriksaan refraksi dan penajaan pembetulan ketajaman penglihatan kepada murid Tahun 1 kategori B40 dan M40. Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Dzulkefly berkata lazimnya guru akan suruh murid yang menghadapi masalah ketajaman penglihatan untuk duduk di hadapan, namun langkah itu bersifat…