Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketepikan perbezaan, Dr M doa Jamal cepat sembuh

today28 March 2025

Background


Mahathir Mohamad Jamal Yunos
Dr Mahathir Mohamad mohon maaf kepada Jamal Yunos, yang sedang menderita kanser, ‘jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya’.

PETALING JAYA: Tidak perlu bangkitkan kesalahan masa lampau saudara sesama Islam yang sedang menderita, kata Dr Mahathir Mohamad sebagai respons terhadap gesaan agar pemimpin Umno Jamal Yunos, yang kini sedang menderita kanser, agar memohon maaf kepadanya.

Dalam catatan di X, bekas perdana menteri itu berkata, umat Islam sebaliknya harus mendoakan agar Jamal cepat sembuh.

“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, beliau ada membaca komen menggesa Jamal agar memohon maaf kepadanya atas ‘kata-kata yang tidak wajar dilemparkannya terhadap saya dahulu semasa sedang menentang Umno kerana kes 1MDB’.

Semalam, Berita Harian melaporkan bahawa kesihatan Jamal menjadi lebih teruk selepas kanser paru-parunya merebak ke otak.

Jamal sedang dirawat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post