Hot FM

Ketepikan perbezaan politik, realisasikan kerajaan perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Zahid



Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof mengagkat sumpah jawatan sebagai timbalan perdana menteri di Istana Negara hari ini (Gambar Istana Negara)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dan perbezaan politik harus diketepikan bagi merealisasi kerajaan perpaduan yang sebenar demi kepentingan rakyat.

“Kita memberikan keutamaan kepada rakyat, untuk mewujudkan kestabilan pada negara bagi menggamit semula pelabur asing untuk masuk ke negara ini dan menggalakkan DDI (pelaburan langsung domestik),” kata beliau kepada pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata Jemaah Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang dilantik dalam Kabinet kerajaan perpaduan mampu memantapkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara.

Beliau berkata wakil BN berpengalaman luas dan mampu menggalas tanggungjawab serta mudah berasimiliasi dengan dasar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version