
PETALING JAYA: Hadi Awang dibidas sebagai tidak ikhlas apabila bercakap tentang menjalin semula kerjasama, kata Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail.
“Jika Hadi ikhlas kenapa hendak ketepikan presiden kami. Adakah Hadi cuba memecahbelahkan Umno yang semakin hari semakin kukuh,” katanya dalam kenyataan.
Wan Rosdy mengingatkan bahawa institusi presiden yang mementukan arah tuju Umno, maka PAS perlu berbincang dan berunding dengan presidennya jika berhasrat mengadakan kerjasama.
“Sebagai naib presiden, saya tidak berminat untuk membuat sebarang perundingan yang membelakangkan ketua saya serta melaga-lagakan ahli-ahli Umno,” katanya.
Semalam, Hadi pada sidang media di tepian muktamar tahunan PAS di Temerloh, Pahang dakwa pihaknya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno selain Presiden Zahid Hamidi bagi membincangkan agenda menghidupkan semula Muafakat…