

Peguam Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa keterangan bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebahagian besarnya adalah khabar angin dan tidak boleh diterima kerana dakwaan utama yang dikaitkan dengan defendan yang tidak hadir, Nik Faisal Ariff Kamil tidak dapat disokong.
Mewakili Najib Razak dalam saman sivil yang difailkan oleh SRC International dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, Shafee ketika sesi soal balas terhadap Shahrol, berkata perbualan beliau yang didakwa berlaku dengan Nik Faisal tidak dapat disahkan.
Shafee: Nik Faisal, sudah jelas tidak berada di negara ini.
Shahrol: Betul.
Shafee: Jadi, apa yang anda nyatakan – bahawa Nik Faisal sampaikan maklumat tertentu kepada anda dan kepada lembaga pengarah – adalah kenyataan yang…