
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan keterangan bersumpah oleh orang yang diseludup masuk boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan bagi kes berkenaan undang-undang pemerdagangan manusia.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata penerimaan kenyataan bersumpah sebagai keterangan tidak menyalahi Perlembagaan atau menghalang orang yang dituduh atas kesalahan Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Akta 670) daripada mendapat perbicaran yang adil.
Seksyen 61A akta sama menyatakan bahawa pihak pendakwaan boleh mengemukakan keterangan bertulis orang yang didagangkan atau orang diseludup yang telah dihantar pulang sebagai keterangan prima facie.
“Hak seseorang tertuduh diberi perbicaraan yang adil mesti mengambil kira hak mangsa dan masyarakat,” kata Tengku Maimum ketika…