
Ketika majoriti pengguna di Malaysia sedang lena tidur pada awal pagi Rabu waktu tempatan, beberapa perkhidmatan utama milik gergasi teknologi, Apple, dilapor mengalami gangguan berskala global yang menjejaskan akses pengguna di seluruh dunia.
Insiden yang berlaku pada waktu siang di Amerika Syarikat pada Selasa itu menyebabkan pengguna berdepan kesukaran untuk log masuk ke akaun iCloud, selain turut menjejaskan perkhidmatan Apple Pay, Apple Music, Apple Card…
