Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua bahagian Sarawak gesa tangguh daftar Padu

today22 March 2024

Background


Residen Sri Aman, Abang Porkan Abang Budiman, berkata memorandom itu dikeluarkan dengan niat baik demi kebaikan penduduk. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pegawai pentadbiran Sarawak di bahagian Sri Aman dan Sibu diarahkan untuk tidak mendaftarkan maklumat penduduk di Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga diberitahu.

Residen Sri Aman Abang Porkan Abang Budiman mengeluarkan arahan itu dalam satu memorandom rasmi kepada pegawai daerah dan pentadbiran di bahagian itu, lapor Borneo Post.