Hot FM

Ketua cabang didakwa kumpul sokongan lawan ‘undi perwakilan’ menjelang pemilihan PKR


Seorang pengadu telah buat aduan terhadap ketua cabang itu kerana menghasut pihak lain menyokong surat bantahan ke atas cadangan dikatakan mahu ganti sistem ‘satu ahli, satu undi’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang ketua cabang PKR didakwa menghantar surat kepada rakan sejawat untuk bersatu menentang cadangan menukar mekanisme pengundian parti “satu ahli, satu undi” kepada sistem perwakilan.

Difahamkan, cadangan itu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), bulan lalu.

Dalam surat tidak bertarikh dilihat FMT, seorang ketua cabang mendakwa cadangan tersebut akan menghadkan hak mengundi ahli, menjurus penurunan sokongan akar umbi, sekali gus membawa kepada tindakan keluar parti besar-besaran.

“Kami, pemimpin cabang yang telah diamanahkan melibatkan akar umbi untuk kestabilan dan pemerkasaan PKR sebagai sebuah parti dan reformis, dengan tegas menyatakan bantahan kami terhadap sebarang pindaan kepada perlembagaan parti yang memperkenalkan mekanisme baharu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version