

Bekas ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching, Lily Yong sedang mempertimbangkan rayuan terhadap pemecatannya oleh parti susulan dakwaan berhubung penyelewengan dalam program Kenyalang Gold Card.
“Walaupun ramai dari dalam parti dan luar menasihatkan saya supaya merayu, saya sedang memikirkan sama ada ia masih signifikan untuk berbuat demikian.
“Tetapi, saya mesti menyatakan saya sayangkan parti, oleh itu saya akan mempertimbangkannya dengan serius,” katanya menurut Dayak Daily.
Yong yang bersama SUPP lebih empat dekad, bagaimanapun tidak terkejut dengan pemecatannya.
“Saya sentiasa bersedia,” katanya, tetapi tidak akan mendedahkan tindakan seterusnya.
Semalam, Yong mengesahkan beliau dan Setiausaha SUPP Cawangan Kuching, Voong Nam Jin menerima surat pemecatan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada Julai 2025. SUPP dilaporkan berkata, kenyataan itu boleh…