Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua komuniti di luar bandar diguna untuk daftar Padu

today4 January 2024

Background


Sistem Pangkalan Data Utama merekodkan 396,181 pengguna berdaftar setakat 8 malam Rabu.

KUALA LUMPUR: Peranan ketua komuniti di kawasan luar bandar dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dibuka bermula semalam hingga 31 Mac ini tercapai.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, dalam memastikan tiada yang terkecuali mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem itu, ia turut melibatkan sesi libat urus bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mencapai sasaran ditetapkan.

“Bagi kawasan pedalaman, gerak kerja pengoperasian telah disusun…komunikasi dan perhubungan dengan kerajaan negeri telah kita adakan melalui sesi libat urus, kita ada bermesyuarat dalam platform majlis statistik data negeri yang dipengerusikan premier, ketua menteri atau menteri besar negeri masing-masing dan ada juga melalui setiausaha kerajaan negeri.

“Kita turunkan juga kepada peringkat daerah dan kita juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post