

Pengarah Eksekutif Mandiri Amir Hadi menuntut penjelasan berhubung sekatan perjalanan ke luar negara yang dikenakan terhadapnya.
Amir berkata, beliau tidak dimaklumkan mengapa beliau dikenakan sekatan dan akan menghubungi Bukit Aman bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta mengetahui prosedur membatalkannya.
Beliau turut menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang siasatan berterusan melibatkan dirinya mahupun pertubuhan berkenaan.
“Sekatan tanpa sebarang penjelasan tidak mencerminkan sebuah negara demokratik. Kebebasan pergerakan hak asasi setiap rakyat,” katanya.
Ketika dihubungi, Amir memberitahu FMT, beliau mengambil keputusan menyemak status perjalanannya selepas seorang rakan dihalang memasuki Malaysia sekembalinya dari Jakarta minggu lepas.
Susulan itu, Amir membuat semakan menerusi aplikasi MyBorderPass sebelum…