
PETALING JAYA: Ketua MCA Selangor Ng Chok Sin dilaporkan meninggal dunia secara mengejut selepas melakukan aktiviti senaman petang tadi.
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, yang dihubungi FMT mengesahkan Ng meninggal dunia kira-kira 5 petang, selepas melakukan senaman.
Bagaimanapun, punca kematian pemimpin berusia 55 tahun itu tidak didedahkan.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, dalam hantaran di Facebook berkata kematian Ng satu kehilangan besar dan sangat dirasai parti itu.
“Terkejut menerima berita sedih pemergian Ng. Beliau pernah memegang banyak jawatan dalam parti termasuk AJK pusat, pengerusi MCA Sepang, setiausaha MCA Selangor, timbalan setiausaha agung Pemuda dan bendahari Pemuda MCA Selangor.
“Ng merupakan anak tempatan Sungai Pelek, beliau pernah diberi peluang untuk bertanding di DUN Sungai Pelek sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada 2013 dan…
