
PETALING JAYA: Dr Akmal Saleh digesa oleh rakan sejawat DAP agar tidak kata-mengata susulan komen ketua Pemuda Umno itu terhadap seorang menteri kerana mengaitkan boikot dengan kesusahan yang dialami oleh satu pasangan suami isteri.
Dr Kelvin Yii berkata Akmal selaku pemimpin muda harus menunjukkan contoh dan kematangan apabila berbeza pendapat.
Katanya, kata-mengata telah menjejaskan wacana politik di negara ini.
Seharusnya Akmal “mematahkan dasar dengan dasar, mengusul usul yang lebih baik, dan berwacana secara matang.”
“Sama ada setuju atau tidak dengan sesuatu tindakan atau kenyataan, selaku pemimpin muda, beliau harus ketengahkan hujah-hujah yang baik dan matang untuk mematahkan kenyataan tersebut, atau kemuka kritikan membina terhadap isu berbangkit,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Akmal membidas Nga Kor Ming kerana cuba menyalahkan…